Isnin, 6 September 2010

Renungan

Impian untuk menikmati kehidupan yang diredhai melahirkan benih kerinduan untuk sentiasa berada di sisi NYA. Hanya insan yang bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar akan merasakan manisnya kemurnian iman

Tazkirah

Peristiwa silam yang telah memamah kesucian batin menyebabkan insan terlupa hakikat diri sendiri akhirnya terkurung dalam lingkaran syaitan. Sebelum diri hangus terbakar dalam noda dan dosa, segeralah melangkah menuju pintu taubat kerana di dalamnya tersimpan seribu satu keampunan dan kasih sayang ILLAHI.